Syukur ke hadrat Allah swt dengan izin dan limpah kurniaNya, maka Buku Informasi Sekolah Kebangsaan Jerlun 2014 dapat disempurnakan. Semoga dengan adanya buku ini akan menjadi panduan dan menjana kegemilangan pendidikan sekolah ini mengikut hala tuju yang ditetapkan disamping menjadi garis panduan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Jerlun.
Saya juga mengambil kesempatan merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf dan pihak pengurusan sekolah khasnya yang penuh komited merangka, merancang dan mengembling tenaga dan fikiran sehingga berjaya menghasilkan Buku Informasi 2014 ini. Selain itu adalah menjadi harapan saya agar sebarang kekurangan dan kelemahan dalam mencapai sasaran perancangan tahun lepas hendaklah dijadikan ikhtibar dan pedoman disamping dinilai semula serta dibuat penambahbaikan agar menepati sasaran utama sesuai dengan VISI dan MISI sekolah.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua staf Sekolah Kebangsaan Jerlun kerana berjaya melonjakkan pencapaian UPSR 2013 lalu. Ini semua atas usaha gigih serta komitmen yang diberikan oleh semua staf yang berterusan. Harapan supaya usaha gigih dan komitmen semua staf akan lebih lagi pada tahun ini supaya pencapaian UPSR pada tahun ini akan meningkatkan lagi.
Akhir kata saya menyeru semua guru serta warga Sekolah Kebangsaan Jerlun khasnya bersama-sama dengan satu hasrat, satu tekad, satu azam dan satu iltizam berganding bahu bersama melaksanakan tugas dan tanggungjawab sosial yang diamanahkan untuk mendidik anak bangsa secara amanah, jujur dan ikhlas. Semoga tahun 2014 akan menghadiahkan kejayaan yang lebih cemerlang lagi buat kita semua, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment